Tuesday 27 December 2011

Penghantaran Dokumen

Assalamualaikum wbt..

Perhatian kepada semua penerima Skim Biasiswa TPM 2011/2012 yang akan memulakan pengajian pada sesi depan.

Sila berurusan dengan pihak fakulti bagi urusan penghantaran dokumen.

Sekian dimaklumkan

13 comments:

  1. assalam... sy dapat offer TPM dan akan memulakan pengajian sem dpn. sy ingin tahu, dalam borang TPM, semua dokumen lengkap mesti hantar pada 31/12/2011 tetapi offer letter master akan dapat pada 30/1/2012 (sy ambil coursework). adakah saya perlu menghantar juga dokumen2 kepada pihak fakulti sebelum 31/12/2011 ? terima kasih

    ReplyDelete
  2. Tarikh 31/12/2011 adalah sebagai panduan sahaja. Semua dokumen mestilah lengkap semasa submit. Jika terdapat kemusykilan tentang borang boleh datang terus ke JPbSM. Sekian

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Sy dpat offer TPM (research) pd bln Oct yg lalu (intvw April) yg mana mengikut offer letter tawaran sy sah sehingga Sept 2012.

    Sy telah menghantar persetujuan penerimaan tawaran TPM pd Nov 2011 dan disebabkn beberapa perkara yg x dapat dielakkan sy berhasrat nk memulakan pengajian pd semester yg berikutnya iaitu selain Mac 2012. Kemusykilan sy adalah:

    1. Bg pengajian secara mode Research pengambilan yg sepanjang tahun tu bemaksud sy boleh masuk bulan bile2 atau semester yg seterusnya iaitu bln Sept kerana apabila sy menghubungi pihak IPSIS pelbagai jawapan yg sy dapat.

    2. Sekiranya sy berhasrat memulakan pengajian pd Sept 2012 bulan bape sy kena hantar sume dokumen kepada jpbsm?

    3. Supervisor akan ditentukan atau kena cari sendiri?

    4. Sekiranya penjamin sy adalah pesara kerajaan cop majikan 2 sy nak ambil kat mana? Ketua Kg boleh ke?

    Diharap segala kemusykilan diatas dapat dijawab oleh jbpsm. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. En Loowie,

    1. Bagi mode research, USM boleh memulakan pada bila-bila masa, namun untuk UiTM perlulah mendapat pengesahan daripada pihak IPSIS. Pihak kami tidak dapat mengesahkan perkara ini.

    2. Dalam kes encik, sudah tentu surat tawaran belajar daripada universiti adalah dokumen yang akhir sekali encik dapat. Jadi, encik bolehlah menyiapkan semua dokumen lain dan apabila menerima surat tawaran (master) tersebut, bolehlah submit kepada pihak fakulti (lengkap)

    3. Penyelia encik perlu cari sendiri. Boleh rujuk fakulti

    4. Penjamin yang bersara perlulah mendapat pengesahan daripada Unit Pencen, JPA di Putrajaya

    Sekian

    ReplyDelete
  5. Salam JPbSM,

    Jika kita memohon perlanjutan tempoh cuti belajar , adakah elaun tutor dan sara hidup akan dibayar seperti biasa? Mohon penjelasan JPbSM. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ini adalah tertakluk kepada surat keputusan KPT. Sekian

      Delete
  6. Salam,
    Saya akan mulakan pengajian PHD pada februari ini. Namun masih belum dapat transkrip master kerana belum hantar hardbound thesis. Tapi, sudah lepas senate, dan surat approval senate saya boleh dapat. cume tak boleh dapat transkrip sementara atau original. adakah surat approval tu boleh diterima sebab saya ingin menghantar dokumen lengkap secepat mungkin, supaya elaun boleh masuk bila saya start pengajian on februari. tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat untuk penghantaran dokumen ialah lengkap. En Hafrizal perlu berhubung dengan pihak kami secara terus bagi menjawab isu ini. Sekian

      Delete
  7. saya berminat untuk memohon tpm pada tahun ini untuk phd. tapi bila tpm akan keluarkan iklan lagi. kalu saya sambung phd di uitm tanpa tpm, adakah sebarang biasiswa yang saya akan dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iklan TPM masih belum dikeluarkan lagi.Jika sambung belajar, itu adalah di atas tanggungan sendiri, jika tiada biasiswa TPM. Untuk biasiswa@bantuan kewangan lain, tuan perlu merujuk kepada bahagian lain, contohnya HEP atau IPSIS. Sekian

      Delete
  8. Salam jpbsm...
    nk tnya skt,klu brkaitan dgn bank,bank jenis ape yg sesuai utk elaun TPM schorlarship nk sediakan?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam JPbSM..

    Saya mendapat tawaran untuk sambung Master di Australia baru 20hb Januari yg lepas. Sekarang saya dalam proses untuk melengkapkan dokumen di pihak fakulti. Adakah sempat untuk mendapat biasiswa sebelum memulakan pengajian? Saya perlu mendaftar pada 17hb Februari. Bank apakah yang digunakan bagi pelajar tajaan luar negara?

    ReplyDelete